Pengalaman pertamaku sebagai pemborong bermula di negara CHINA. Mungkin sudah ditakdirkan ya kerana dalam Al-Quran sendiri ALLAH SWT menganjurkan kita belajar hingga ke negara China. aktiviti dagang di sana memang menakjubkan. Cuma rintangan komunikasi yang menjadi hambatan, tetapi redah sajalah.... Semua kemahiran bahasa isyarat dipergunakan sepenuhnya..hahahahaha.
Sekarang aku terfikir juga mengapa dari dulu aku tak buat perkara ini. Selama ini aku berjalan ke sana ke mari sekadar untuk melihat-lihat negara orang. Jikalau dari dulu aku cuba belajar jadi saudagar kecil-kecilan, sekarang mungkin sudah jadi saudagar kecil..kan? But, bak kata orang, all is not lost. Selagi punya waktu dan Allah SWT berikan umur, kesihatan dan rezeki, insyaallah impian ini akan jadi kenyataan.
Bila hati dan mata sudah terbuka - jalan yang gelap pasti menjadi terang.
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana ditunjukkan jalan untuk memulakan idea menjadi pemborong kecil-kecilan. Berterima kasih juga pada Encik Shahbuddin dan krew nya kerana menganjurkan Kursus Memborong ke China dan seterusnya membuat Pakej Memborong ke China bagi mendedahkan kami dengan selok-belok dunia dagang di sana. Alhamdulillah.
Peluang bertemu dengan rakan-rakan yang sama-sama pergi memborong di China juga satu pengalaman dan kesempatan yang berharga. Sesama Melayu yang sama-sama ingin menceburi dunia perniagaan. Melihat enthusiasm mereka - saya jadi terkesima dan bangga. Sebenarnya bukan semua Melayu malas bodoh. Sama juga bukan semua yang bukan Melayu rajin pandai.
Lebih senang jual barang dari jual mimpi kosong jadi jutawan.
Produk kami : http://zara-collection.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment