(Kredit to: http://www.ibnuhasyim.com/
Menurut sejarah, makam berkenaan adalah tempat perkuburan dua orang sahabat yang awal datang ke Republik Rakyat China dipercayai pada abad ke 7. Mereka mengembangkan Islam sehingga wafat di Quangzhou. Selepas penubuhan Republik Rakyat China, Kerajaan pusat telah menghulurkan dana untuk melakukan pembaikan makam berkenaan. Dalam tahun 1961 Kerajaan Wilayah Fijian mengisytiharkan makam tersebut sebagai salah satu perkara yang penting dalam mengekalkan warisan kebudayaan di wilayah berkenaan. Menurut catatan rasmi (annals) daripada Dinasti Tang, (618-905M), dan catatan serupa dalam buku 'A Brief Study of the Introduction of Islam to China' karya Chen Yuen, bahawa Islam mula datang ke negeri China sekitar tahun 30H atau 651M (kurun ke 7 Masehi), iaitu melalui satu utusan yang dikirimkan oleh Khalifah Usman ibnu `Affan (memerintah kira-kira 12 tahun (23-35H/644-656M). Menurut Lui Tschih, seorang penulis Muslim Cina pada abad ke 18 di dalam karyanya' Chee Chea Sheehuzoo' (perihal kehidupan Nabi), utusan itu diketuai oleh Penglima Besar Saad ibnu Abi Waqqas (seorang sahabat Nabi, tergolong daripada 10 orang yang dijamin memasuki syurga).
Islam berkembang lebih dulu di negeri China dari negeri-negeri lain di luar tanah Arab. Ia dikembangkan bukan melalui peperangan dan pertumpahan darah. Hal ini serupa dengan perkembangan agama Islam di Wilayah Asia Tenggara yang menepati kedudukannya sebagai bandar-bandar persinggahan menerusi lautan di antara tanah Arab dan tanah China. Pedagang-pedagang Arab pada umumnya datang melalui lautan, melintasi pesisir India dan pesisir Asia Tenggara menuruti musim angin. Sebahagian di antaranya tinggal dan menetap pada bandar-bandar dagang dan pesisir yang dilintasi, boleh jadi mereka tinggal menetap di pesisir Champa,
Vietnam, Melaka sebagai bandar pesinggahan ke China dan dari China.
Vietnam, Melaka sebagai bandar pesinggahan ke China dan dari China.
hi.. pekabar ? lama tak dengar citer.
ReplyDeleteTiada bukti Saad Abi Waqqas pernah pergi ke China, jauh sekali meninggal dunia di China. See links below.
ReplyDeletehttp://en.wikipedia.org/wiki/Sa%60d_ibn_Abi_Waqqas
http://www.ahya.org/amm/modules.php?name=Sections&op=viewarticle&artid=109