Wednesday, December 31, 2008

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO IZALIZA



Happy being sweet 19 to my beloved daughter Izaliza.
May God always protect and guide you unto the right path
dan yang penting lulus your degree with flying color!!!

DI GUDANG - SHIPPING BY SEA



Petang Jumaat (26/12/2008) adalah proses penghantaran barang ke Malaysia bagi yang ingin menggunakan shipping melalui laut. Shipping company provided/introduced by Anzax Counsultancy @ Shaharuddin. Cara pengiraan kos nya adalah RM350 per 1 CBM. Akan mengambil 3 minggu untuk sampai ke Port Kelang dan another 2 untuk forward ke Kota Kinabalu.....Lamanya tunggu barang kami ni... Takut ja ceramic kami yang kiut miut itu pecah. Harap2 ndaklah.

Oya, teringin juga balik sana nanti. Tetapi kali ini kak mungkin akan direct dari KK-SHENZEN baru naik keretapi ke Guangzhou. Jimat kos sikit. Kena belajar mandarin asas sedikit dulu.

P.S teruknya talian Internet TM @ Celcom broadband ini. Nak upload gambar pun dah berpuluh2 kali cuba. Nampaknya later lah i try to upload again. BTW, hopefully you readers can understood my bi, since back from China, my grammer still berterabur.. But as long u guys/girls understand, it's find with me. Especially when, like right now - i'm savouring the richness of chocolaterie MANNEKEN PIS which my dear friend bought for me from Bruxelles...nyam...nyam.

Tuesday, December 30, 2008

PLEASE GOD, SAVE OUR FELLOW PALESTINIAN - THEY ARE HUMAN TOO!

Ya Allah, adakah ini memang sudah ditakdirkan? kerana Engkau maha besar ya Allah, segalanya adalah di atas kehendak dan kekuasaan-Mu. Dengan hanya ungkapan "Kun Fayakun"- Allah bisa musnahkan alam semesta yang diciptanya??? Jika Allah berkehendak, Allah bisa memusnahkan sekuat-kuat musuh, atau memang kita sedang menghampiri akhir zaman? Manusia berbunuhan sesama sendiri, orang Islam membiarkan saudaranya diperangi? Nauzubillah Minzalik....


Posting from Gaza: "Only the dead are safe in Gaza"

Monday, December 29, 2008

KOLEKSI GAMBAR SEKITAR GUANGZHOU DAN SHENZEN









Night Market (lupa nama-murah2)

Masa ini amat2 teruja...wow, cantiknya..city of light!

And the crowds.....so many people!

Pure China Silk

Menuju ke plaza langsir

Plaza Pakaian dan kasut. Kepenatan dan lapar



Shenzen

All the groups

Di perkarangan Masjid Tertua di Guangzhou

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT TAHUN BARU!! MAAL HIJRAH 1430H

SAMA-SAMA CUBA MEREALISASIKAN AZAM DAN IMPIAN

GAMBAR KENANGAN DI CHINA - MAKAM SAAD ABI WAQQAS




(Al-Fatihah )


( Di dalam makam - mesti tutup kepala@tudung)

(Di pintu masuk ke makam-muslim only)

Menurut sejarah, makam berkenaan adalah tempat perkuburan dua orang sahabat yang awal datang ke Republik Rakyat China dipercayai pada abad ke 7. Mereka mengembangkan Islam sehingga wafat di Quangzhou. Selepas penubuhan Republik Rakyat China, Kerajaan pusat telah menghulurkan dana untuk melakukan pembaikan makam berkenaan. Dalam tahun 1961 Kerajaan Wilayah Fijian mengisytiharkan makam tersebut sebagai salah satu perkara yang penting dalam mengekalkan warisan kebudayaan di wilayah berkenaan. Menurut catatan rasmi (annals) daripada Dinasti Tang, (618-905M), dan catatan serupa dalam buku 'A Brief Study of the Introduction of Islam to China' karya Chen Yuen, bahawa Islam mula datang ke negeri China sekitar tahun 30H atau 651M (kurun ke 7 Masehi), iaitu melalui satu utusan yang dikirimkan oleh Khalifah Usman ibnu `Affan (memerintah kira-kira 12 tahun (23-35H/644-656M). Menurut Lui Tschih, seorang penulis Muslim Cina pada abad ke 18 di dalam karyanya' Chee Chea Sheehuzoo' (perihal kehidupan Nabi), utusan itu diketuai oleh Penglima Besar Saad ibnu Abi Waqqas (seorang sahabat Nabi, tergolong daripada 10 orang yang dijamin memasuki syurga).




Islam berkembang lebih dulu di negeri China dari negeri-negeri lain di luar tanah Arab. Ia dikembangkan bukan melalui peperangan dan pertumpahan darah. Hal ini serupa dengan perkembangan agama Islam di Wilayah Asia Tenggara yang menepati kedudukannya sebagai bandar-bandar persinggahan menerusi lautan di antara tanah Arab dan tanah China. Pedagang-pedagang Arab pada umumnya datang melalui lautan, melintasi pesisir India dan pesisir Asia Tenggara menuruti musim angin. Sebahagian di antaranya tinggal dan menetap pada bandar-bandar dagang dan pesisir yang dilintasi, boleh jadi mereka tinggal menetap di pesisir Champa,
Vietnam, Melaka sebagai bandar pesinggahan ke China dan dari China.

Saturday, December 27, 2008

MEMBORONG DI CHINA(2) - PERKARA LUCU


Jangan lupa bawa gambar ini jika anda tidak tahu namanya dalam bahasa cina. Amat susah bertanya di mana tandas/toilet kerana mereka tidak faham. Ada seorang peserta rombongan terpaksa menunjukkan aksi "mencangkung " untuk memahamkan mereka. Hehehe.
To view product please click here http://zara-collection.blogspot.com/

MEMBORONG DI CHINA (1) - AKU DAN TOM

(23/12/2008 - Shenzen)

Pengalaman pertamaku sebagai pemborong bermula di negara CHINA. Mungkin sudah ditakdirkan ya kerana dalam Al-Quran sendiri ALLAH SWT menganjurkan kita belajar hingga ke negara China. aktiviti dagang di sana memang menakjubkan. Cuma rintangan komunikasi yang menjadi hambatan, tetapi redah sajalah.... Semua kemahiran bahasa isyarat dipergunakan sepenuhnya..hahahahaha.
Sekarang aku terfikir juga mengapa dari dulu aku tak buat perkara ini. Selama ini aku berjalan ke sana ke mari sekadar untuk melihat-lihat negara orang. Jikalau dari dulu aku cuba belajar jadi saudagar kecil-kecilan, sekarang mungkin sudah jadi saudagar kecil..kan? But, bak kata orang, all is not lost. Selagi punya waktu dan Allah SWT berikan umur, kesihatan dan rezeki, insyaallah impian ini akan jadi kenyataan.


Bila hati dan mata sudah terbuka - jalan yang gelap pasti menjadi terang.


Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana ditunjukkan jalan untuk memulakan idea menjadi pemborong kecil-kecilan. Berterima kasih juga pada Encik Shahbuddin dan krew nya kerana menganjurkan Kursus Memborong ke China dan seterusnya membuat Pakej Memborong ke China bagi mendedahkan kami dengan selok-belok dunia dagang di sana. Alhamdulillah.
Peluang bertemu dengan rakan-rakan yang sama-sama pergi memborong di China juga satu pengalaman dan kesempatan yang berharga. Sesama Melayu yang sama-sama ingin menceburi dunia perniagaan. Melihat enthusiasm mereka - saya jadi terkesima dan bangga. Sebenarnya bukan semua Melayu malas bodoh. Sama juga bukan semua yang bukan Melayu rajin pandai.

Lebih senang jual barang dari jual mimpi kosong jadi jutawan.

Produk kami : http://zara-collection.blogspot.com/